Kuala Lumpur, 7 Feb 2024: Menyedari kegusaran rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk berkunjung ke Taiwan berikutan masalah makanan, Biro Pelancongan Taiwan telah mengeluarkan senarai restoran halal yang terdapat di merata tempat di seluruh Taiwan.
Menariknya, sebahagian dari restoran yang tersenarai menyediakan makanan berciri “gourmet” yang bukan sahaja sering menjadi pilihan para pelancong beragama Islam malah dalam kalangan penduduk Islam dan bukan Islam di Taiwan sendiri, seperti :
Shin Yeh: Rangkaian restoran Taiwan popular yang menyajikan pelbagai hidangan tradisional, termasuk makanan laut, daging, dan pilihan vegetarian. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan di seluruh Taiwan dan menawarkan pilihan Halal untuk pelanggannya yang beragama Islam. Menunya pula ditulis dalam bahasa Cina dan Inggeris memudahkan pelancong untuk membuat pesanan.
Ay-Chung: gerai makanan terkenal di Taipei yang menyajikan hidangan unik yang dipanggil “Sup Mi Daging Lembu Taiwan.” Hidangan ini dibuat dengan daging lembu lembut, mi yang disediakan secara tradisional dan sup lazat yang pasti memenuhi keinginan anda. Gerai makanan mempunyai sijil Halal jadi pengunjung Muslim boleh menikmati hidangan tersebut tanpa sebarang keraguan.
Masjid Besar Taipei: Masjid terbesar di Taiwan ini merupakan destinasi popular bagi pengunjung Muslim. Menariknya, ia memiliki restoran Halal di premisnya yang menyajikan pelbagai hidangan lazat, termasuk masakan Arab, India, dan Taiwan.
Restoran Halal Bismillah: Restoran Halal yang terletak di Taichung ini menyajikan pelbagai hidangan mesra Muslim termasuk masakan Arab, Pakistan, dan India. Restoran ini popular dalam kalangan penduduk Islam di Taichung dan terkenal dengan hidangannya yang lazat!
Tasty: Tasty adalah restoran Halal yang terletak di Kaohsiung yang menyajikan pelbagai hidangan Cina yang lazat. Restoran ini mempunyai pensijilan Halal dan popular di kalangan pengunjung Muslim ke Kaohsiung.
“Sewaktu mula-mula merancang untuk ke Taiwan, saya agak risau akan pilihan makanannya. Jadi, apa lagi, berbakullah bekalan mi segera saya! Tapi, sudahnya, tak banyak yang terluak kerana terdapat banyak restoran Halal di Taiwan yang menawarkan masakan lazat dan mesra Muslim, dari hidangan tradisional Taiwan hingga masakan Arab, India, dan Pakistan, ada sesuatu untuk semua rupanya!” – Ayda Jebat.
TRIVIA
KEMPEN SALAM TAIWAN 2023
Kempen Salam Taiwan 2023 dianjurkan oleh Biro Pelancongan Taiwan di Malaysia bagi mempromosikan Taiwan sebagai Destinasi Sensasi Mesra Muslim buat rakyat Malaysia.
Secara kasarnya, kelebihan Taiwan sebagai destinasi percutian pilihan, boleh dibahagikan kepada 4 KATEGORI :
MESRA MUSLIM – Taiwan adalah diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC) dalam majlis “Anugerah Pelancongan Halal 2022”
ROMANTIK – Keindahan alam semula jadi, digandingkan pula dengan kecanggihan metropolitan, Taiwan sememangnya bagai syurga buat mereka yang bercinta!
“TRENDING” – Sesuai dengan imejnya sebagai “Jantung Asia”, Taiwan menawarkan pelbagai tarikan terkini dan “trendy” pada harga yang menarik buat pelancong. Terdapat pelbagai destinasi membeli-belah – semuanya menjanjikan fesyen, gajet – malah mainan yang terkini!
“VIBRANT” – lokasi-lokasi yang memiliki bangunan dengan rekabentuk unik dengan persekitaran berwarna-warni, keunikan juadah yang ditanam di sekitar tempat penginapan, gaya hidup di ladang ternakan yang diselubungi kabus, pemandangan matahari terbit menakjubkan, gaya hidup metropolitan serba moden – pelbagai aktiviti menarik menanti semua!
Nak tengok diari pengembaraan Duta Pelancongan Mesra Muslim ke Taiwan – Ayda Jebat dan pasangannya – Nabil Mahir sepanjang di Taiwan? Saksikan video Salam Taiwan melalui Youtube rasmi Biro Pelancongan Taiwan, “https://www.youtube.com/@tbrockltaiwan_tourism5829”.
Be First to Comment