Press "Enter" to skip to content

Nenek Usia 55 Tahun Hidup Bagai Barbie, Semuanya Serba Pink

Seperti sedang semarak dan penuh kontroversinya filem Barbie di pagawam, kehidupan seorang wanita bernama Dena Danielle ikut menjadi sorotan.

Hal ini lantaran wanita yang sudah masuk usia 55 tahun tersebut hidup tidak ubah seperti patung Barbie. Dia malah menganggap dirinya adalah Barbie dan hidup dalam kehidupan serba merah jambu atau pink.

Ini termasuklah rumah, perabot, askesori, sehingga pakaian yang kesemuanya berlatarkan warna merah jambu.

Menurut Dena, dia hanya baru berani mewujudkan mimpi Barbienya pada tahun 20121 selepas bertekad untuk tidak mahu hidup dalam ketakutan kerana dibuli.

Dia mendakwa dirinya dibuli sejak kecil kerana meminati dan masih bermain dengan patung Barbie.

“Tapi satu hari saya berfikir diri tidak lagi muda dan mahu melakukan satu-satunya hal yang sangat saya cintai.

“Saya tidak mahu lagi peduli tentang apa orang akan kata dan mewujudkan mimpi saya hidup seperti Barbie. Sayalah Barbie dalam dunia saya,” katanya seperti dilaporkan Detik.com.

Namun katanya, dia bukan mengumpul patung Barbie tetapi obses menjadi seorang Barbie dan menterjemahkannya dalam kehidupan sebenar.

Malah dia juga tidak mempunyai kekasih seperti Ken dan berasa okay untuk kekal solo meski sudah memegang status warga emas.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!