Anda seorang yang mengikuti aliran fesyen? Jika ya, adakah anda sanggup mengikut semua trend atau aliran fesyen terkini yang diperkenalkan di dunia?
Misalnya seperti memakai sepasang kasut atau boot atau kasut tumit tinggi seperti yang selalu disaksikan dalam animasi seperti Mickey Mouse?
Jika belum bersedia atau sekadar ingin mencuba, mungkin ini waktu terbaik.
Hal itu kerana beberapa rumah fesyen mewah sedang tampil dengan aliran fesyen yang boleh disifatkan sebagai silly mengarut, tetapi telah mendapat ‘kelulusan’ daripada beberapa selebriti terkenal dunia.
Ini termasuk koleksi terbaharu yang dikeluarkan oleh Loewe’s Spring-Summer 2023 iaitu kasut tumit tinggi Minnie Mouse yang diminati oleh Kylie Jenner sehingga kasut jenis loafer yang dibawa Balenciaga’s Hummer Derby.
Seperti melengkapkan aliran fesyen mengarut masa kini, sepasangan boot yang digelar The Big Red Boot pula diperkenalkan.
The Big Red Boot tidak ubah seperti kasut yang dipakai oleh karakter kartun Astro Boy — diperbuat daripada getah, kelihatan hodoh dan mustahil selesa untuk berjalan.
“Boot kartun untuk dunia 3D yang cool. Jika anda menendang seseorang dengan kasut ini, mereka akan melambung,” demikian kenyataan yang dikeluarkan syarikat pembikinnya, MSCHF, lapor BBC.com.
Meski disifatkan huduh, boot tersebut yang akan mula dijual pada 16 Feruari 2023 kelak bukan murah untuk dimiliki.
Ia dijual pada harga $350 atau RM1,500 sepasang. Sepotong video mengenai kasut ini yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok pula telah ditonton sebanyak tiga juta kali — memberi indikasi ia berjaya menarik perhatian ramai.
Dengan kelahiran fesyen-fesyen seperti ini selepas pandemik COVID 19, adakah dunia fesyen sedang menuju era mengarut?
Be First to Comment