Press "Enter" to skip to content

Rihanna: Tentang Anak Lelaki Pertama & ‘Bawa’ Anak Kedua Dalam Perut Di Sesi Pemotretan

PENYANYI terkenal, Rihanna membuka tahun 2023 dengan berita mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu. Bukan buat seorang cahayamata, tetapi dua — yang salah satunya sedang berada dalam perut hamil miliknya!

Dua berita yang datang dalam tempoh sangat dekat disambut gembira oleh peminatnya.

Pertama, Rihanna atau mengelarkan dirinya sebagai Riri membuat pengumuman mengejutkan saat tampil dalam persembahan di acara ikonik Super Bowl Halftime di Phoenix, hujung minggu lalu.

Sambil membuka baju jenis jumpsuit berwarna merah yang membalut tubuhnya sepanjang persembahan, Rihanna mendedahkan dirinya sedang hamil.

Perutnya sudah besar, membuktikan perempuan yang baru bergelar ibu pada Mei lalu akan menyambut orang baharu.

Katanya dia mungkin akan menyesal jika tidak melakukan pengumuman tersebut di atas pentas sehebat Super Bowl.

“Ini (Super Bowl) adalah pentas terbesar dunia. Saya tidak mahu menyesal dan mahu anak saya tahu mengenai keputusan penting yang dibuat malam ini (mengumumkan kehamilan),” katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Hanya beberapa hari dan saat peminat masih heboh dengan kehamilannya dalam tempoh sembilan bulan bayi pertama dilahirkan, Rihanna muncul secara eksklusif mempamerkan wajah sang buah hati bersama pasangannya, rapper Rocky A$AP.

Menerusi penampilan mereka sebagai tetamu sampul majalah VOGUE edisi Mac, Rihanna berbicara tentang kariernya sebagai usahawan berjaya dan dunia hiburan yang masih mahu dijalani.

Tidak ketinggalan, dia bercerita tentang kebahagiaan menjadi ibu dan bagaimana A$AP menjadi ayah terbaik buat anak mereka.

Rihanna juga mengaku sudah mengetahui jantina anak mereka lelaki sebelum dia lahir.“Ya, kami tahu dia bayi lelaki. A$AP selalu idamkan anak lelaki dan dia mendapatkannya.

“Kami juga adalah ibu dan bapa serta sahabat baik buat anak kami. Kelahirannya membuatkan kami lebih akrab dan A$AP sangat bijak melayan anak. Saya hanya akan duduk di tepi melihat mereka bersama,” katanya.

Ironi, satu hal yang tidak diketahui pasangan ini sewaktu sesi pemotretan adalah mereka sebenarnya bukan dirakamkan bertiga, tetapi empat beranak!

“Saya tidak tahu sedang hamil. Jadi sebenarnya ini (potret) adalah gambar keluarga kami berempat dengan seorang lagi di dalam perut,” katanya penuh bahagia.

Kredit Foto: Getty Images & VOGUE

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!