Bagi penggemar filem Hollywood, nama Sharon Stone cukup dikenali sebagai salah seorang aktres gred A yang sehingga kini masih menjadi pujaan.
Antara filem yang membuat namanya mekar dalam dunia perfileman adalah Basic Instinct yang dirilis pada 1992 dan Casino yang tayang pada tahun 1995.
Kini Stone menjadi salah seorang pemain senior yang disegani dan kekal mempersona.
Ternyata di sebalik persona dan cantik wajahnya, bintang itu juga pernah tergoda lalu jatuh kecanduan melakukan botoks.
Stone yang kini berusia 65 tahun mendedahkan terjebak dengan botoks kepada Vogue Arabia.
“Terdapat pada satu fasa, sewaktu saya berada di ambang populariti yang cukup hebat, saya juga melakukan rawatan kecantikan seperti suntikan botoks dan filler,” dedahnya kepada majalah tersebut.
Namun, kecanduannya itu telah memudaratkan dirinya. Oleh kerana terlalu banyak melakukan suntikan, wajahnya diserang stroke.
“Tapi kemudian saya diserang stroke yang agak teruk dan mengalami pendarahan otak selama sembilan hari.
“Saya perlu menjalani sehingga 300 suntikan botoks dan filler dalam usaha memulihkan sebelah wajah saya yang diserang stroke,” ceritanya.
Pengalaman mengerikan itu memberi kesedaran buat Stone terhadap perspektif dunia pembedahan plastik.
Beliau mengaku tidak lagi bergantung kepada ‘dunia palsu’ tersebut untuk kekal cantik kerana akan menimbulkan kemudaratan.
“Untuk melakukannya lagi (botoks), mungkin hanya bagus untuk ego dan pemikiran saya saja,” ujarnya.
Meski wajah mula berkedut dan kelihatan tua, Stone mengatakan beliau mahu melalui perjalanan ini dengan pengalaman yang mengujakan.
Be First to Comment