Tidak ada khabar yang lebih Havoc apabila The President of Hip Hop Malaysia, Joe Flizzow buat pertama kali mengumumkan projek besarnya — konsert solo!
Tidak sekadar lagu miliknya seperti Apa Khabar feat SonaOne hit di radio, namun ia turut dinobatkan dalam anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu ke-29 yang lalu.
Malah sehingga kini Joe Flizzow masih tetap menjadi rujukan dan legenda bagi banyak anak seni generasi baharu terutama yang memilih Hip Hop dan Rap sebagai paksi muzik mereka.
Pelbagai pencapaian dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara juga bukan asing dengan kerja keras dan kualiti karya Joe, maka di tahun ini setelah penat lelah ‘bekerja’, Tuan Presiden memutuskan untuk bertemu ‘rakyat jelata’ lalu berpesta.
Diberi nama Joe Flizzow “This is Johan Live In Concert”, ia akan dilaksanakan pada 15 Julai 2023 bertempat di JioSpace Petaling Jaya.
Konsert solo ini dibawakan oleh JioBuddy dengan kerjasama Altus ProHouse bersama Rakan Produksi, Level Up, rakan logistik, Tuudi.
Tidak ketinggalan Universal Music Malaysia, DefJam Recordings SEA menjadi rakan sokongan Joe Flizzow “This is Johan Live In Concert” dan disemarakkan dengan sokongan media rasmi daripada radio Era FM dan juga rakan digital – Astro Gempak.
“Dengan semaraknya kembali industri muzik termasuk rakan pemuzik boleh kembali melakukan persembahan terbuka atau konsert selepas pandemik, pihak kami di JioBuddy berasa ini momen yang tepat untuk melaksanakan Joe Flizzow “This is Johan Live In Concert”.
“Kami percaya Joe Flizzow “This is Johan Live In Concert” akan menjadi konsert solo dan pertama yang terhebat pernah dilaksanakan selepas 15 tahun beliau berjuang berseorangan dan tidak pernah patah semangat meski berdepan roller coaster karier yang cukup hebat,” ujar Sean Ng dari JioBuddy.
Joe Flizzow “This is Johan Live In Concert” kelak akan menyaksikan beliau bekerjasama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam industri dan memberikan sebuah persembahan mantap yang belum pernah disaksikan dalam persembahan sebelum ini.
Repertoire lagu-lagu yang bakal dipersembahkan juga tidak akan sempat membuat andrenalin anda yang hadir berhenti.
Bayangkan saat hit seperti Sampai Jadi, CIAO, Satu Malam Di Temasek, Sang Saka Biru dan Kongsi dilantunkan oleh Joe, sudah tentu konsert ini kelak akan meninggalkan momen tersendiri buat semua peminat yang sekian lama menanti presiden mereka ini mempunyai konsert solo sendiri.
“Saya tidak mahu Joe Flizzow “This is Johan Live In Concert” hanya dikenang sebagai sebuah persembahan atau konsert. Tapi di sinilah penikmat dan pencinta muzik menghargai setiap susah payah sehingga ia ‘menang’ dalam ‘battle’.
“Hadir ke konsert ini rasakan semangat kami yang tak pernah surut. Saya tunggu korang di sini, ada banyak kejutan dan kepuasan yang akan dipersembahkan kerana inilah konsert solo dan pertama saya sepanjang lebih 10 tahun, ” ujar Joe Flizzow pula.
Sepanjang bergerak solo, Joe telah lahir dengan dua buah album penuh iaitu The President pada tahun 2008 dan Havoc pada 2013.
So guys, jangan sampai terlepas Joe Flizzow “This is Johan Live In Concert” yang dilangsungkan pada 15 Julai 2023 di JioSpace Petaling Jaya pukul 8.30 malam.
Tiket-tiket berharga RM188, RM288 dan RM388 sudah mula dijual pada 12 Mei 2023 dan boleh dibeli menerusi www.jiotix.asia.
Be First to Comment