Terlalu banyak babak seks, meloyakan, benci dan The Idol lebih seperti 50 Shades of Tesfeye — begitu siri terbaru yang akan ditayangkan di HBO MAX, The Idol menerima ‘sambutan’ dalam kalangan media, pengkritik dan netizen.
Menurut mereka yang telah menyaksinya dua episod di Festival Filem Cannes, siri yang dibintangi penyanyi The Weeknd atau mahu dikenali kini sebagai Tesfeye dan anak aktor Johnny Depp, Lily-Rose Depp itu juga tidak ubah seperti sebuah naskhah yang mengeksploitasi wanita.
Lily-Rose Depp dilihat terlalu kerap dipaparkan dalam keadaan bogel.
The Rolling Stone malah menyifatkan The Idol sebagai sebuah naskhah toksik dan jauh lebih buruk daripada yang disangkakan.
Selaku sutradara, Sam Levinson mendakwa ada ada banyak campur tangan Tesfeye. Levinson juga mendakwa idea utama The Idol dicurahkan oleh penyanyi tersebut.
“Ini adalah idea Tesfaye yang mahukan sebuah kisah gelap dalam dunia industri muzik,” kata Levinson seperti dilaporkan portal tersebut.
The Idol mengangkat kisah tentang Jocelyn, seorang bintang pop yang kecewa dengan hidupnya. Dia kemudian bertemu seorang ketua gerakan seks bernama Tesfaye. Hidupnya berubah setelah mengikuti Tesfaye dan gerakan kiri tersebut.
Kredit Foto: IndieWire
Be First to Comment