Press "Enter" to skip to content

XPDC, Rusty Blade, May, Babylon Bakal Jadikan KonsertLagenda Rock Vol. 1  Konsert Epik

Genre rock dan legenda adalah dua perkataan yang sinonimdan tidak akan pernah mati dalam era muzik dunia — daridulu sehingga sekarang, saat pelbagai jenis muzik turun naik mengikut trend, ROCK tidak pernah tenggelam.

Lantaran itu bukan hal yang berlebihan apabila rock dilabelkan sebagai legenda.

Maka apabila pihak penganjur, Mutiara Optimum Sdn Bhdmenganjurkan Konsert Lagenda Rock Vol. 1 ia adalah beritapaling ‘legend’ yang dinantikan sekian lama oleh penggemarmuzik rock.

Melihat barisan kugiran yang bakal ‘memecahkan’ panggungdan meledakkan hangatnya malam konsert juga sudahmembuat penggemar tidak mahu terlepas menjadi salah seorang saksi mata yang akan menjadi sejarah dalampenganjuran konsert rock pada tahun ini.

Mari kita sambut dengan penuh semangat kepada barisankugiran lagenda dari era 80an dan awal 90-an ini — XPDC, Rusty Blade, May dan Babylon yang akan membuat adrenalin anda terus kencang lewat muzik rock dan metal dilantunkan di Megastar Sg Plaza, Kuala Lumpur pada konsert yang akanberlangsung 16 Julai 2023 ini.

Empat kugiran legenda di atas sebuah panggung akanmenggemakan Konsert Lagenda Rock Vol. 1 denganpersembahan hebat mereka lewat untaian lagu yang tidakasing jika anda adalah penggemar sejati mereka.

“Kami di Mutiara Optimum Sdn Bhd sangat berbesar hati dan bangga untuk membawakan Konsert Lagenda Rock Vol. 1 dengan barisan empat kugiran legenda tanah air iaitu XPDC, Rusty Blade, May, Babylon.

“Ini adalah ‘perkahwinan’ pertama kali keempat-empatkumpulan rock legenda yang cukup berpengaruh ini akanbermain di atas satu panggung. Saya sangat bersyukur apabilaXPDC, Rusty Blade, May, Babylon memberi persetujuanuntuk konsert ini dilaksanakan.

“Saya tidak mahu berkongsi banyak tapi percayalah, KonsertLagenda Rock Vol. 1 akan menjadi konsert bersejarah bukansahaja untuk pemuzik tetapi peminat yang sudah lama tidakdapat menyaksikan gabungan kugiran-kugiran rock dalamsebuah persembahan,” ujar Pengarah Urusan Mutiara Optimum Sdn Bhd, Adam Hanafi Masdi.

Konsert Lagenda Rock Vol. 1 kelak akan menjadi pentas pertama buat XPDC beraksi dalam skala besar selepas mantanvokalis mereka, Mael, meninggal dunia pada 27 April 2023 lalu.

Meski allahyarham sudah lama tidak bersama XPDC dan perjuangan serta empayar kugiran tersebut dilanjutkan oleh Ali sebagai vokalis bersama anggota yang lain, namunrepoiture lagu seperti Titian Perjalanan dan Aku Masih Di Sini, Apa Nak Dikata dan Semangat Yang Hilang pasti akanmembangkit nostalgia buat vokalis hebat tersebut.

“Kami bukan cuba mengambil kesempatan terhadappemergian Allahyarham Mael, tetapi XPDC wajib ada dalamKonsert Lagenda Rock Vol. 1. Apalah ertinya rock atau metal dan sebuah konsert tanpa kugiran berprolifik seperti XPDC,” ujar Adam Hanafi lagi.

Sementara itu vokalis Rusty Blade, Yantzen, penganjuranKonsert Lagenda Rock Vol. 1 adalah tanda aras ataupembuktian kugiran rock atau metal tidak pernah ‘mati’ meskimengalami pertukaran ahli kumpulan serta tidak lama menerbitkan material baru.

“Rusty Blade sendiri sebagai contoh sudah lama tidak munculdengan album baru, tapi kewujudan kami dan bagaimanakarya yang diperkenalkan diminati terus hidup adalah buktimuzik rock tidak pernah mati.

“Seperti mana banyak mengaitkan rock adalah legenda, karya-karya kami juga evergreen.

“Jadi buat peminat, nantikan persembahan Rusty Blade, XPDC, Babylon dan May dalam konsert bersejarah ini. Seperti biasa, ini bukan janji tapi persembahan kami akan rock!” ujar Yantzen.

Bersama XPDC dan Rusty Blade, May serta Babylon juga cukup teruja untuk beraksi khas buat peminat mereka.

Lagu-lagu yang sudah lama tidak didengar berkumandang di corong radio dan hanya menjadi peneman halwa telinga atauditonton menerusi YouTube seperti Api Cinta, Metal Fire dan Haruman Berbisa dari Babylon dan Langsuir Liar juga Tiada Lagi Aku (Rusty Blabe) akan didendangkan secara langsung di hadapan anda.

Jadi jangan sampai terlepas menjadi saksi Konsert LagendaRock Vol. 1 yang akan berlangsung pada 16 Julai 2023 ini di Megastar Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur nanti!

Tiket-tiket berharga RM288 (standing & seating)  dan pembelian Early Bird akan memperolehi diskaun sebanyak 15 peratus boleh dibeli menerusi www.MyTicket.asia.

INFORMASI

Artis: XPDC, Rusty Blade, May, Babylon

Acara: Konsert Lagenda Rock Vol. 1

Tarikh: 16 Julai 2023

Lokasi: MEGASTAR SG WANG PLAZA, KUALA LUMPUR

Harga Tiket: RM288 (standing & seating) – Early Bird 15%

Pembelian Tiket: www.MyTicket.asia

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!