Festival NUSA FEST akan memulakan keraikan seperti yang direncana pada 8 dan 9 Julai ini di Bandar Malaysia bermula pukul 12 tengahari sehingga 12 malam.
Selain 24 pemuzik dengan ciri khas masing-masing dari tiga negara nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura beraksi, NUSA FEST bukan sekadar himpunan festival biasa yang dianjurkan oleh Shiraz Project.
Ia sebaliknya menjadi medan kepada pengunjung, peminat muzik dan kulinari (khususnya) PASAR NUSA yang akan memberikan kepelbagaian produk buat para pengunjung.
PASAR NUSA yang akan diadakan di hanger Bandar Malaysia akan menghadirkan 80 penjual kraf dan seni yang pastinya kena dengan selera pengunjung kelak. PASAR NUSA merupakan sebuah kolaborasi bersama RIUH, sebuah pla\orm kurasi krea.f yang mengetengahkan barangan dan bakat krea.f tempatan sejak tahun 2017. Pihak
Shiraz Projects amat berterima kasih atas sokongan RIUH dan teruja dengan kerjasama ini bagi meningkatkan pengalaman NUSA FEST untuk pengunjung festival.
Bersama-sama ini disertakan siaran media untuk PASAR NUSA dan WARONG NUSA.
Bagaimanapun tidak dapat dinafikan tentulah pengunjung begitu teruja untuk pertama kali menyaksikan persembahan tiga headliner NUSA FEST iaitu kumpulan legenda Search, Wings dan Butterfingers yang masing-masing sudah lama tidak beraksi di atas panggung.
Bersama tiga kugiran ini, NUSA FEST ikut mengisi selera peminat dengan barisan pemuzik hebat.
Mereka adalah Gerhana Ska Cinta, Efek Rumah Kaca, Fourtwnty, Pusakata, Burgerkill, Iqbal M, Budak Nakal Hujung Simpang, Salammuzik, The Changcuters, Kugiran Masdo dan ramai lagi.
Tiket berharga RM200 untuk dua hari masih boleh dibeli di www.myticketasia atau hubungi talian 03 8605 0196.
Atau dapatkan info di talian hotline 012 256 0082 atau layari www.nusafest.com dan www.shirazprojects.com.
Be First to Comment