Press "Enter" to skip to content

JB Sambut Legenda Sweet Charity Menerusi Konsert Berita Gempa 29 Julai Ini

Sweet Charity, antara kumpulan rock ikonik rantau ini bakal kembali beraksi dalam Konsert Berita Gempa yang dinanti-nantikan selama ini.

Selepas 11 tahun tidak beraksi, Sweet Charity membuka pentas persembahan  di Arena MBJB, Johor Bahru pada 29 Julai 2023. Ia menjadi sebuah keraian penting buat seluruh anggota Sweet Charity bersama para peminat yang sentiasa mendukung perjalanan dan perjuangan seni mereka.

 Peminat bakal disajikan dengan lagu-lagu klasik popular kumpulan itu, termasuk ‘Kamelia’, ‘Teratai’, ‘Sejuta Wajah’ dan banyak lagi. Ianya menjanjikan perjalanan nostalgia mengimbau kenangan buat peminat setia mereka dan peluang menikmati muzik mereka secara langsung buat peminat baharu.

Lebih mengujakan, Konsert Berita Gempa bakal menjelajah ke seluruh negara, dengan Johor Bahru sebagai destinasi pertama.

Sweey Charity kemudian menuju ke Sabah, Miri, Langkawi dan akhirnya Kuala Lumpur dengan kesemua tarikh akan diumumkan segera.

Peminat dapat menyaksikan persembahan hebat daripada kumpulan legenda yang kekal antara yang paling berpengaruh dalam persada muzik rock.

 Nama Konsert Berita Gempa diambil sempena judul album terakhir Sweet Charity dan lagu utama album tersebut. Bukan sekadar penghargaan buat album klasik tersebut, Konsert Berita Gempa ini turut memberi penghormatan buat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria baru-baru ini.

Sweet Charity ingin menjentik kesedaran terhadap isu global semasa termasuk bencana alam dan memberi impak positif kepada masyarakat melalui muzik mereka.

 Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Ahmad Jaafar dan Rahman Sarbani bakal kembali dengan bertenaga, menjanjikan persembahan yang cukup unik dan menggegarkan sekali lagi buat industri muzik tanah air.

Tandakan kalendar anda dan bersedia untuk dipukau oleh aksi hebat Sweet Charity yang pasti menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan. Suatu jelajah bermakna yang wajib disaksikan peminat dan serata penggemar muzik!

Kami berbesar hati mengumumkan bahawa Konsert Berita Gempa ini dibawakan oleh Megatix Malaysia selaku penganjur utama dan ejen tiket rasmi dengan kerjasama rakan promoter, Lampuneon. Maklumat lanjut mengenai konsert, jelajah dan jualan tiket bakal dimaklumkan kelak.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!