Press "Enter" to skip to content

Comelnya Anak Kembar Panda Lahir Di EVERLAND Park

EVERLAND Park di Korea Selatan menerima ahli keluarga baharu selepas panda dewasa, Aibao selamat melahirkan anak.

Lebih menjadi istimewa apabila Aibao melahirkan sepasang kembar betina pada 7 Julai lalu, lapor CBS News.

Ia menjadi sebuah berita yang mengujakan kerana hanya sekitar 40 sehingga 50 peratus sahaja peluang seekor panda dapat melahirkan anak kembar. Beberapa tahun lepas, ada panda melahirkan kembar di Perancis dan Jepun manakala China pernah merekodkan kelahiran kembar tiga panda.

Aibao dilaporkan melahirkan anak kembar pertamanya pada pukul 4.52 pagi sebelum yang kedua pada 6.30 pagi.

Staf di taman tersebut mula melihat perubahan dan sedar Aibao hamil selepas panda itu banyak menghabiskan masa dengan tidur dan kurang makan.

Aibao dan pasangannya, Lebao mula menghuni taman tersebut pada 2016 selepas ‘dipinjamkan’ oleh China dalam siri diplomasi panda.

Sebelum ini Aibao sudah melahirkan seekor anak panda betina beberapa tahun lalu.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!