Press "Enter" to skip to content

Tiga Destinasi Vibrant, Romantik & Trending Di Taiwan ; Qingjing Farm Wajib Singgah

Sering mempromosikan Taiwan sebagai negara Mesra Muslim, negara ini diiktiraf yang kedua di dunia sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC)” bagi kategori “Anugerah Halal dalam Pelancongan 2022 yang dianjurkan oleh CrescentRating ini sebenarnya mempunyai lebih daripada sekadar makanan halal.

Meski populariti penganut Muslim yang terbilang sangat sedikit namun Biro Pelancongan Taiwan berjaya menjalankan kempen Salam Taiwan dengan berkesan.

Hal itu lantaran selain makanan halal sudah terdapat banyak destinasi yang dilawati oleh pengunjung bersifat mesra Muslim seperti surau kecil tetapi selesa malah hotel-hotel turut menyediakan sejadah lengkap Al-Quran buat semua orang Islam yang melancong di Taiwan.

Dan tahukah anda bukan hanya di ibu kota seperti Taipei sahaja disediakan banyak kemudahan serta makanan halal tetapi jika melancong keluar kota, sudah banyak tempat-tempat menarik yang disinggahi juga bersifat Mesra Muslim.

Ini antara destinasi luar kota yang sangat menarik dan Mesra Muslim yang wajib dikunjungi jika berpeluang ke Taiwan.

Taiyi Leisure Farm

Taiyi Leisure Farm yang terletak di Nantoupulimungkin bukan destinasi popular yang ada dalam senarai wajib pergi oleh anda.

Tetapi percayalah ia akan menjadi destinasi terutama bagi penggemar suasana tenang dengan dikelilingi gunung ganang serta rimbunan pepohon pelbagai spesis yang amat menarik dan bunyi riang burung-burung berkicau.

Selain persekitaran yang menenangkan, penginapan yang tersedia juga tidak kalah menarik. Terdapat beberapa jenis penginapan antaranya inap berbentuk kediaman kecil dengan dikelilingi tasik dipenuhi bunga teratai.

Atau pilih menginap di apartment yang disediakan bersama redup pepohon besar.

Paling ‘win’ Taiyi Leisure Farm menyediakan hidangan halal dan yang lebih menarik dan membuat tempat ini istimewa adalah menu yang berasaskan sayuran atau bunga dipetik segar daripada taman di sekitar!

Qinjing Farm

Tidak jauh dari Taiyi Leisure Farm, mendakilah (dengan kenderaan) naik ke puncak gunung dan ‘hilang di telan awan’ untuk menikmati sebuah lagi pengalaman menakjubkan di kawasan pedesaan Taiwan.

Memperkenalkan Qinjing Farm yang terletak di in Ren’ai Township, Nantou County, Taiwan —- yang sebenarnya sudah sejak lama popular dan wajib dikunjungi oleh semua pelancong lokal atau luar negara.

Anda akan menemukan istilah Romantik, Trendy dan Vibrant di kawasan yang telah dibina sejak 1961  di atas tanah seluar 760 hektar ini.

Memiliki suhu harian sekitar 16°C , sedutlah nyaman dan segar udara bersih dengan penuh syukur.

Berikanlah ‘hadiah’ buat mata dengan melihat pemandangan cukup indah —- sama dongak ke langir dan memandang kepulan awan biru yang menggebu kemudian berlarian di ladang hijau nan luas terbentang atau berselisih lalu memberi makan biri-biri yang cukup jinak dan menjadi tarikan utama pelancong di sini.

Memenuhkan ladang dengan pelbagai aktiviti termasuk persembahan ‘kuda’ atau biri biri yang dilakukan setiap hari mengikut waktu ditetapkan, pelancong juga boleh sekadar berjalan dan mengambil gambar di banyak kawasan Romantik, Trendy dan Vibrant ini.

Sun Moon Lake

Satu lagi destinasi wajib kunjung jika ke Taiwan adalah Sun Moon Lake. Destinasi yang mengetengahkan sejarah ‘tercetusnya’ tasik atau Sun Moon Lake yang terletak di Yuchi Township, Nantou County, Taiwan.

Nikmati kawasan sekitar Sun Moon Lake dengan cara tersendiri — sama ada berbasikal, berjalan kaki atau menaiki bot kecil yang tersedia lalu menelusuri tasik yang menenangkan dengan biru airnya.

Semuanya boleh dilakukan sama ada dalam tempoh sehari atau boleh menginap di sini untuk menikmati terbit matahari dan terbenamnya di sore hari.

Apa yang penting, jangan sampai terlepas melawat Sun Moon Lake biarpun pada musim panas adalah musim terbaik (kerana terdapat pelbagai aktiviti atau festival) kerana anda akan pulang dengan kenangan yang Vibrant, Romantik dan Trending.

Selamat menikmati Taiwan yang bukan sekadar Mesra Muslim tapi penuh Vibrant, Romantik dan Trending.

Jangan lupa abadikan kenangan anda semua lewat rakaman foto atau video lalu dikongsikan di media sosial sebagai sebuah pengalaman yang tak terlupakan.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!