Press "Enter" to skip to content

Jenna Ortega Tak Tidur, Menangis Histeria & Stress Jadi Wednesday

Drama bersiri Wednesday yang ditayangkan di platform penstriman Netflix menjadi fenomena dunia saat perdana kali ditayangkan.

Untuk 28 hari pertama tayangan, Wednesday telah mendapat sebanyak 1.2 bilion jumlah tontonan – mengalahkan juga jumlah tontonan siri Stranger Things 4 yang memperoleh 341 juta tontonan pada minggu pertama ditayangkan. Wednesday menjadi siri Inggeris terbanyak ditonton dengan 335 juta tontonan.

Mungkin jumlah tontonan dan meledaknya drama tersebut akhirnya berbaloi dengan pengorbanan yang dilakukan pemeran utamanya, Jenna Ortega.

Hal itu kerana Ortega dalam temu bual terkininya bersama hos Netflix kemudian dilaporkan dalam Variety mendedahkan mengalami stress atau tekanan melampau sepanjang proses pembikinan karya milik Tim Burton itu.

“Saya tidak dapat tidur langsung, saya stress sehingga menarik rambut dan bapa mendengar saya sedang menangis histeria saat perlu melayani terlalu banyak panggilan Facetime,” dedahnya.

Untuk menjayakan lapan episod sahaja, kata Ortega dia perlu mempelajari beberapa perkara serentak – beberapa bulan sebelum masuk set.

“Saya belajar bermain cello beberapa bulan sebelum penggambaran dan meneruskan pelajaran selama lapan bulan di set di Romania.

“Ia sangat sukar. Kadang-kadang saya belum bersedia tetapi guru cello sudah menunggu di rumah.

“Dalam masa sama saya perlu belajar seni fencing dan bertutur dalam bahasa Jerman dengan baik.

“Itu belum ditambah dengan dua jam awal perlu berada di lokasi, menjalani penggambaran 12 sehingga 14 jam sehari, pulang ke rumah tetapi masih perlu memenuhi pembelajaran dalam Zoom.

“Dan ia berterusan tanpa henti! Meski saya tidak penggambaran selepas enam hari bekerja, saya tetap wajib menghadiri semua kelas yang disediakan!”jelas Ortega panjang lebar.

Selain terpaksa bekerja keras dan melalui jadual yang padat, Ortega sebelumnya mengaku pada Disember 2022 telah dijangkiti COVID 19 dan menjadi viral di Tik Tok.

Namun semua kepayahan yang dilalui seperti sudah terbayar. Petualangan Wednesday dalam naskhah ini dan menjadi viral dengan tariannya membuka peluang kepada musim kedua.

“Tapi saya tidak tahu bagaimana pula musim keduanya akan dibuat. Mungkin mengurangkan kisah cinta tiga segi dan memberi fokus terhadap pengalamannya,” katanya lagi.

Drama Wednesday ni merupakan spin-off cerita The Addams Family.  Ia mengisahkan tentang remaja perempuan bergaya Gothic iaitu Wednesday Addams yang ditukarkan ke sekolah baru sebab masalah disiplin.

Selain Ortega, ia dibintangi oleh Catherine Zeta-Jones, Luis Guzmán, Christina Ricci, William Houston, Emma Myers, Joy Sunday, Percy Hynes White, Hunter Doohan, Victor Dorobantu dan Gwendoline Christie.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!