Pesohor Johnny Depp memang terkenal dengan penampilan eksentrik dan memikat.
Ternyata, ia bukan semata pada luaran atau sekadar mahu mencipta watak dalam naskhah lakonannya, ia turut berpengaruh dalam kehidupan peribadinya.
Independent.uk melaporkan Depp turut memiliki citarasa berkelas dan eksentrik apabila membeli-belah barangan hiasan dalam untuk kediaman barunya dari sebuah kedai antik yang terletak di kawasan Lincolnshire.
Dan bintang berusia 59 tahun tersebut dikhabarkan pulang bersama tiga buah gitar, sebuah pasu ‘tengkorak’ dan rangka kayu sebagai pelengkap barangan hiasan di kediaman barunya di London.
Pemilik kedai antik itu mendakwa terdengar Depp bercakap tentang mendiang pemuzik Jeff Beck sewaktu mencuba gitar yang ingin dibeli. Beck meninggal dunia pada usia 78 tahun pada Januari lalu telah merilis album bersama Depp berjudul 18 pada tahun lalu.
“Selain gitar dia membeli beberapa barangan lain termasuk poster, beberapa keping foto, kerusi dan hiasan yang disifatkan sesuai dengan kediaman baru dan personalitinya,” ujar pemilik kedai.
Dia juga mengaku tidak diberitahu mengenai Depp akan singgah di kedainya, melainkan diminta untuk bersedia menerima seorang tetamu yang tidak mahu diganggu dan ingin mencari barangan hiasan dalaman yang diingin dengan santai.
Be First to Comment