Converse Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kempen terkini mereka, Connect With Unexpected. Create Now. Create Next sempena musim bunga 2023.
Ia sebagai kesinambungan sokongan jenama terkenal itu dalam memperkasakan komuniti terutama anak muda untuk ekspresi diri dan kreatif khususnya fesyen, muzik, seni dan sukan.
Bertempat di Whatever Works Coffee, Kuala Lumpur, kempen jenama yang terkenal dengan sneakers dan streetwear itu menampilkan perkongsian rentas-disiplin yang tidak dijangka antara bakat tempatan.
Sempena kempen kali ini Converse yang sering berkolaborasi dengan artis dan pemuzik bekerjasama dengan band eksperimental Wobbebong dan Porcelane bagi menghasilkan lagu runut bunyi No One Knows.
Menggabungkan gaya berbeza yang unik antara kedua-dua band, menariknya kolaborasi antara mereka dilakukan dalam suasana jarak jauh – Wobbebong di Johor manakala Porcelane di Kuala Lumpur dan mereka hanya bertemu muka ketika proses rakaman dilakukan.
Wobbebong dianggotai duo kecil molek, Aisya dan Hanna yang mula berjinak-jinak dalam industri sejak 2021 dengan memainkan lagu-lagu saduran manakala Porcelane yang didukung oleh Adam Ariff (vokal & gitar rhythm), Ajith Nair (gitar utama), Sandra Guerzo (bas) dan Daud Ho (dram).
Lagu runut bunyi itu telah dilancarkan pada 1 Mac lalu.
Turut menghiburkan pada malam pelancaran itu adalah persembahan oleh Late Night Frequency, Pasca Sini dan DJ Choobs selain pameran fotografi oleh Chum TheCat dan projection mapping dari Grasshopper yang merupakan ahli All Star.
Tetamu juga dapat membawa pulang hasil seni lukis tangan pada kasut Converse mereka oleh ahli All Stars Maimojie.
Sebagai satu jenama ikonik dalam rekaan klasik, kerjasama inovatif dan komitmen terhadap kreativiti dan ekspresi diri, Converse juga meraikan pemuzik, artis, pemain papan selaju dan penggemar fesyen menerusi All Stars dan mencabar kreativiti mereka untuk Create with the Unexpected. Create Now. Create Next. – WI
Be First to Comment