Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 – Lampu, kamera, aksi! Dan Usaha Memartabatkan Dondang Sayang
Selepas senyap selama hampir tiga tahun, Anugerah Seni Cameronian BOH membuat kemunculan semula dan kali ini lebih hebat dan berapi!
Anugerah Seni Cameronian BOH Ke-18 (18BCAA) menyampaikan 30 anugerah dan sejumlah wang tunai RM44,000 buat penggiat seni dari pelbagai bidang termasuk tarian, muzik, teater muzikal dan teater di Stage 1 PJPAC, sebuah ruang seni persembahan yang dilengkapi dengan peralatan berteknologi terkini bertempat di Pusat Membeli Belah 1 Utama, 1 Utama E. Majlis penganugerahan ini bukan hanya dikendalikan oleh seorang tetapi empat hos diikuti dengan rentetan lagu dan tarian, serta Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat!
Acara itu dibawakan oleh BOH Plantations dan Kakiseni, dengan firma perakaunan bertauliah BDO Malaysia sebagai rakan pengundian baharunya. Ia dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations Sdn Bhd Jason Foo, Presiden Persatuan Kakiseni Low Ngai Yuen dan beberapa tokoh industri seni termasuk penerbit-pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina, Ketua Pegawai Eksekutif di Yayasan Sime Darby Dr. Hjh. Yatela Zainal Abidin, Wanita Pertama Teater Malaysia Dato’ Dr. Faridah Merican dan pemuzik dan pengasas Penang House of Music Paul Augustin, antara lain.
Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Pegawai Eksekutif Foo mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang malam itu dan memberikan pujian istimewa buat semangat ketekunan dan keazaman semua yang terlibat dalam sektor seni persembahan tempatan yang berjaya melalui pandemik COVID-19 2020-2022.
“Anugerah Seni BOH Cameronian, yang pertama dilancarkan pada 2002, sentiasa menjadi pencapaian industri yang dinanti-nantikan untuk meraikan bakat, kontribusi dan inspirasi cemerlang dalam industri seni persembahan.
“Edisi ke-18 tahun ini membawa maksud yang lebih mendalam. Ia adalah bukti kuat kepada kemahuan jiwa manusia, yang memberi tumpuan kepada semangat, ketabahandan versataliti. Faktor ‘ummph’ ini telah membantu penggiat seni dalam mengharungi tahun-tahun sukar untuk terus berada di landasan.
“Hasilnya, kini kita berada di ambang permulaan baharu untuk meraikan ‘A New Day Setia Pada Senimu’. Mulai sekarang,kami yakin industri seni persembahan boleh mencapai tahap kecemerlangan kreatif ke aras yang lebih tinggi,” kata Foo.
Presiden Persatuan Kakiseni, Low Ngai Yuen, menerangkan dengan lebih lanjut mengenai tema BCAA tahun ini: A New Day. Setia Pada Senimu dan bagaimana ia bukan sahaja cerminan sebenar semangat komuniti seni persembahan yang telah bangkit daripada abu dengan semangat yang diperbaharui, tetapi juga rayuan agar seni tidak ketinggalan dalam usaha pemulihan Malaysia.
“Gesaan kami untuk bertindak melalui 18BCAA ini, #setiapadasenimu, adalah seruan untuk mempercepatkan kebangkitan seni. Kita memerlukan artis untuk terus bekerja dan berkarya; kami merayu kepada syarikat dan organisasi seni untuk, sila, bertahan dan dengan rendah hati meminta penonton untuk kembali ke teater; dan kami menyeru tindakan yang lebih cepat, progresif diikuti dengan pelaburan kewangan untuk merangsang semula sektor ini sekarang.”
Low menambah bahawa pada masa-masa ketidakpastian inilah seni diperlukan lebih daripada sebelumnya.
“Adalah penting agar seni tidak dilupakan,” katanya. “Tetapi sebaliknya, melalui karya yang mencerminkan, membentangkan dan memaparkan kisah hidup, ia terus menjadi saluran penting untuk menyokong kesejahteraan umum sebagai masyarakat, dan bertindak sebagai pelepasan emosi untuk semua.”
Low menambah bahawa pengaturcaraan musim 18BCAA adalah bukti bagaimana sektor seni telah melakukan yang terbaik untuk bangkit daripada pengalaman pahit yang dilalui semua semasa wabak Covid 19.
Anugerah tahun ini menampilkan sejumlah 30 kategori dalam tarian, muzik, teater muzikal dan teater, termasuk kategori “Produksi Terbaik”. Penerima Anugerah diumumkan dalam tiga bahagian iaitu, Teknikal & Reka Bentuk, Artistik dan Persembahan. Setiap pemenang sub-kategori menerima trofi BOH Cameronian Arts Awards dan hadiah wang tunai RM1,000, manakala setiap Best Of Winner menerima trofi BOH Cameronian Arts Awards dan hadiah wang tunai RM5,000.
Empat pengacara yang menarik untuk acara black tie berdurasi dua jam tersebut adalah Tria Aziz, Angie Cheah, Ronnie (Mohd Dzulhisyam Ismail) dan Nave VJ (Navindran Vijayakumar). Christopher Ling, teruja untuk kembali sebagai pengarah persembahan untuk kali keempat, berkata bahawa idea untuk mempunyai ensemble hos mencerminkan semangat komuniti seni.
“Ia bukan hanya tentang seorang yang terkenal di sana. Kami mahu memberi ruang kepada individu sebenar yang setia kepada seni, kepada mereka yang telah menggunakan kemahiran mereka walaupun menghadapi pelbagai cabaran yang dilemparkan kepada mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Ling. “Itu sebabnya kita perlu melihat lebih daripada 50 wajah-wajah di atas pentas malam ini.”
Dalam acara ‘awards-show fashion’ yang sebenar, dan dengan prosiding berlangsung dalam teater yang betul, 18BCAA dapat mempamerkan pementasan daripada lima calon “Best Of” – A Notional History yang dipersembahkan oleh Five Arts Centre (Teater), Dark Light dibawakan oleh Young Choral Academy (Music), Dream Of The Red Chamber disampaikan oleh Lee Rubber Chinese Orchestra KL (Muzik), Follow The Light dibawakan oleh theatrethreesixty (Teater Muzikal) dan N2 dipersembahkan oleh La Danza Theatre (Dance).
Sebuah lagi acara kemuncak anugerah ialah lagu pembukaan, A New Day, yang digubah oleh KuLT Productions, dengan muzik dan lirik oleh Kelvin Loh, Lydia Tong dan Terence Toh, yang dipersembahkan oleh empat hos serba boleh untuk malam itu! Satu lagi balada asli yang ditulis KuLT, Setia Pada Senimu, dipersembahkan oleh Tria dengan vokal yang hebat, ditemani tiga pengacara bersamanya sebagai vokal latar.
Selepas sekian lama tidak muncul, Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Cameronian BOH kembali tahun ini, dan penghormatan diberikan kepada Datuk Mohd Baharim Mohd Sharip, 78, seorang veteran “Dondang Sayang”. Dondang Sayang – tersenarai sebagai warisan budaya oleh UNESCO – merupakan seni tradisional Melayu yang masih dimainkan di Melaka oleh orang Melayu, Baba Nyonya, Cheti dan Portugis. Mohd Baharim mempelajari cara bermain biola dan menyanyi mengikut gaya seni tradisional dari datuknya yang juga seorang seniman Dondang Sayang. Beliau telah menumpukan lima dekad terakhir dalam hidupnya untuk membuat persembahan Dondang Sayang, dan mempunyai lima album.
Mohd Baharim menyertai senarai cemerlang penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat BOH Cameronian termasuk Dato’ Krishen Jit (2002), Datuk Ramli Ibrahim (2003), Dato’ Dr. Faridah Merican (2004), Dalang Dollah Baju Merah (2005), Dato’ Syed Alwi bin Syed Hassan (2006), Datuk Profesor Ghulam-Sarwar Yousof (2007), Lee Lee Lan (2008) dan The Temple of Fine Arts (2009).
Pemenang-pemenang disenarikan di link http://kakiseni.org/awards.
Dalam ucapan ringkas tetapi menyentuh hati, Rosnan bin Nordin Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan & Kesenian) Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) memberi penghormatan kepada semua yang hadir dengan mengatakan bahawa “seni menyatukan semua kaum. Apa yang anda ada adalah integriti dan semangat, jangan sesekali berputus asa!
‘Gamechanger tahun ini turut diumumkan: Penerbit muzik kelahiran Kuching, Alvin Wee, adalah rakyat Malaysia pertama memenangi Anugerah Cinema Audio Society (CAS) di Hollywood untuk Outstanding Achievement in Sound Mixing Award bagi karyanya dalam filem animasi Disney. Encanto. Beliau juga telah bekerja dalam pelbagai filem blockbuster lain termasuk Kingsman: The Secret Service (2014), Mulan (2020), No Time to Die (2021), dan TopGun: Maverick (2022). Wee terus menghasilkan karya di luar negara dan turut menyumbang bakatnya buat pelbagai projek termasuk untuk lagu Malaysia Prihatin (2020) untuk Hari Malaysia dan Sarawak Gemilang (2021) untuk Hari Sarawak.
BCAA Gamechangers merupakan individu atau organisasi yang telah memberikan kehangatan buat industri dengan bakat artistik yang tersendiri. Sewaktu musim Cammies, mereka dijemput untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan kerja mereka dalam bidang minat dan profesionalisme masing-masing.
Be First to Comment