Press "Enter" to skip to content

Tina Turner Meninggal Dunia Pada Usia 83 Tahun, Bintangnya Akan Tetap Bersinar

Penghibur legenda Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun — sebuah khabar yang membuat para peminatnya berduka pada 25 Mei 2023.

Penyanyi yang sangat ikonik dengan fesyen ‘rambu ramba’ dan rambut palsu ‘mengerbang itu diumumkan meninggal dunia di kediamannya di di Kusnacht dekat Zurich, Switzerland.

“Tina Turner, Ratu Rock n Roll meninggal dunia dengan tenang pada usia 83 tahun selepas berdepan masalah kesihatan berpanjangan di kediamannya di Küsnacht dekat Zurich, Switzerland.

“Dunia telah kehilangan seorang legenda muzik dan idola dengan berita kematian ini,” jelas kenyataan yang dikeluarkan pihak keluarga seperti dilaporkan media tempatan.

Punca kematian pelaku seni yang menoreh prestasi seawal tahun 60-an sebelum bintangnya bersinar terang saat menjalani karier solo bermula era 80-an itu bagaimanapun belum diumumkan.

Pelantun hit fenomena Whats Love Got To Do With It? itu  bagaimanapun mempunyai sejarah penyakit kanser dan pernah menjalani pembedahan buah pinggang pada 2017. Dia juga diserang angin ahmar dan kedua-dua buah pinggangnya tidak lagi berfungsi.

Menelusuri kehidupan dan sejarah kariernya, penyanyi kulit hitam tersebut telah melalui banyak liku pilu sebelum dirinya menjadi pujaan di seluruh dunia.

Pernah mencetak jualan album sehingga ratusan juta unit di seluruh dunia, Turner dalam sebuah wawancara mengaku membesar sendirian kerana ibu dan bapanya ‘tidak saling cinta’.

Pemilik album Private Dancer itu juga telah mengalami penderaan daripada lelaki yang hidup bersamanya selama dua dekad iaitu, Ike.

Di sebalik semua penderitaan yang dilalui, Turner mencetak pelbagai sejarah dan kemenangan dalam bidang seni — sehingga saat pelantun lagu runut bunyi Golden Eye ini tidak lagi aktif dan meninggal dunia, seluruh peminat yang pernah membesar, mengenal dan menikmati muzik atau karyanya ikut berduka.

Berita kematiannya juga disambut penuh hiba oleh semua peminat termasuk daripada para pemerintah seperti Barack Obama sehingga rakan seperjuangan termasuk Mick Jigger dan penggemar yang ikut berbelangsukawa di pelbagai platform media sosial.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!