Demi kepuasan peminat dan sebuah apresiasi buat band tersohor dunia, Muse yang memilih Malaysia sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara tempat mereka bersua dengan peminat, konsert yang bakal berlangsung pada 29 Julai ini akan diadakan di lokasi ikonik, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Konsert Muse Will of The People itu juga dijanjikan oleh penganjur, Hello Universe akan menjadi yang terbaik daripada segi persembahan, kapasiti dan fasiliti yang ada di stadium tersebut.
Band yang dianggotai Matthew Bellamy, Chrisopher Wolstenholme dan Dominic Howard ini juga dipastikan akan membuat persembahan padu lewat hit mereka seperti Supermassive Black Hole, Starlight dan Time Is Running Out.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, penganjur juga mengatakan semua pemegang tidak sedia ada tidak perlu gusar dengan pertukaran lokasi yang telah berlaku.
Para pemegang tiket hanya perlu menunggu kemaskini dengan maklumat lokasi baharu akan dihantar menerusi e-mel ke akaun berdaftar pembeli.
Mereka akan dapat menggunakan tiket baharu ini untuk masuk ke acara di lokasi baharu. Lokasi tiket untuk zon A, B dan C kekal sama.
Susunan tempat duduk untuk zon lain akan diselaraskan untuk menyesuaikan penonton di lokasi baharu, selain tempat duduk juga ditetapkan tempat baharu.
Tiket Konsert Will of The People boleh didapati menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my.
Muse sebelumnya mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada tahun 2007 di Stadium Negara.
Be First to Comment