Kumpulan rock ternama, Bunkface, akan menggegarkan Borneo dengan persembahan terhebat mereka dalam konsert bertajuk “Bunkface Rock In Borneo”. Konsert ini akan berlangsung pada 19 Julai 2023 di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah.
Bunkface, yang diikVraf dengan lagu-lagu popular seperV “Situasi”, “Revolusi”, dan “Panik”, telah mencipta nama dalam dunia muzik rock tempatan. Mereka dikenali dengan persembahan yang penuh energi dan mengasyikkan.
Konsert “Bunkface Rock In Borneo” di KDCA, Kota Kinabalu, Sabah akan menjadi malam yang Vdak akan terlupakan buat peminat-peminat seVa Bunkface di seluruh Borneo. Acara ini menjanjikan pengalaman visual dan muzikal yang mengagumkan, dengan bunyi rock yang menggema di seluruh gelanggang. “Kami sudah lama mengidamkan sebuah konsert sendiri di kepulauan Borneo, atas permintaan peminat dan sokongan daripada MYCREATIVE VENTURES SDN BHD mewakili Kementerian Komunikasi dan Digital yang telah memberikan amanat Dana Persembahan Muzik 2022/2023 kepada syarikat kami, kami dapat menghadiahkan sebuah concert kepada peminat kami di Borneo, terutamanya Sabah”, kata Sam. “Kami juga berharap concert ini dapat dilanjutkan lagi di daerah daerah lain sekitar kepulauan ini” tambah Youk.
Peminat boleh menjangka persembahan luar biasa daripada Bunkface, dengan setlist yang memuatkan lagu- lagu popular dan muzik berkualiV Vnggi. Konsert ini adalah peluang unik untuk menyaksikan kecergasan dan semangat rock sebenar yang ditawarkan oleh Bunkface.
Tiket konsert “Bunkface Rock In Borneo” telah mula dijual pada 11th June di tapau1x.tapau.asia . Tiket bermula dari RM 88 untuk CAT 1 – Panik , RM 128 untuk CAT 2- Revolusi, dan RM 158 untuk CAT 3 – Situasi . Peminat-peminat dijemput untuk mendapatkan Vket awal untuk memasVkan kehadiran mereka pada malam yang mendebarkan ini.
Be First to Comment