Press "Enter" to skip to content

Converse ALL STAR WORKSHOP and SOUL FEAST himpun pengalaman artis dan komuniti All Stars

CONVERSE Malaysia meneruskan kesinambungan kempen 2023 Connect With The Unexpected. Create Now. Create Next. dengan acara All Star Workshop and Soul Feast baru-baru ini.

Menghimpunkan pempengaruh Converse dan komuniti All Stars, sesi ini merupakan insiatif jenama popular tersebut untuk mendidik All Stars dalam memanfaat dan merealisasikan potensi diri dan kreativiti mereka.

Ia juga sebagai sokongan jenama yang terkenal dengan sneakers dan streetwear itu dalam usaha memperkasa anak muda khususnya Gen Z untuk mengekspresi diri dan membentuk kreativiti khususnya dalam seni dan fesyen.

Program sehari yang berlangsung di Kuala Lumpur itu antara lain melibatkan sesi perkongsian pengalaman dan idea bersama artis Qi Razali dan MonoloQue nenerusi acara santai All Star Workshop – Converse All Stars Session.

MonoloQue, ahli kumpulan Butterfingers dan komposer/penulis lirik popular selain bergelar usahawan tengkolok menerusi jenama TengkoloQue berkongsi pengalaman dan kembaranya sebagai artis, pemuzik dan ahli perniagaan.

Sementara Qi, pemain drum band indie OAG, pengacara dan pelakon bukan sahaja berkongsi pengalaman sebagai artis tetapi juga sebagai pempengaruh Converse.

Selain itu DJ dan stylist, Munjiy yang kini berada dalam Global All Stars Team turut berkongsi perkembangan di bawah program All Stars.

Menurut wakil Converse, perkongsian pengalaman mereka yang berpengaruh ini diharap dapat memberi ruang kepada komuniti All Stars meneroka potensi diri, peluang dan kreativiti bersama jenama tersebut.

Pada sesi Soul Feast yang berlangsung sebelah malam pula, tetamu dihidangkan dengan pengalaman seni kulinari menarik hasil sentuhan kolaborasi duo All Stars – The Choobs dan Chef Haqiemaoki.

The Choobs, seorang DJ dan penerbit yang banyak mengadakan persembahan di dalam dan luar negara sejak sedekad lalu selain memiliki kafe Cue at 27 dan Chef Haqiemaoki, seorang artis visual yang berpengalaman luas dalam bidang kulinari menghidangkan beberapa hidangan fusion lazat lagi kreatif.

Pada malam itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan oleh Ahli All Stars, Late Night Frequency.

Acara All Star Workshop and Soul Feast turut menyaksikan persembahan projection mapping daripada All Star, Grasshopper aka Abdul Shakir. – WI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!