Press "Enter" to skip to content

Coco Lee Ambil Nyawa Sendiri, Tewas Dengan ‘Peperangan’ Kemurungan

Pesohor Coco Lee mengejutkan dunia dan peminat dengan berita kematiannya.

Apa yang lebih mendukacitakan, bintang kelahiran China-Amerika itu meninggal dunia selepas melakukan percubaan bunuh diri. Coco meninggal dunia pada usia 48 tahun, lapor media massa.

Menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Hong Kong, kakak penghibur itu, Carol dan Nancy Lee, adiknya telah dikejarkan ke hospital pada Ahad selepas percubaan bunuh diri yang dilakukannya di rumah.

Dia meninggal dunia selepas tiga hari dimasukkan ke hospital dan telah menjalani pelbagai usaha untuk memastikan dirinya terus bernyawa.

Menerusi kenyataan sama, mereka mendedahkan Coco telah bertarung dengan masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu. Meski mendapatkan rawatan, tahap kesihatan mentalnya semakin memburuk sejak beberapa bulan lalu.

“Coco berdepan masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu tapi keadaannya bertambah buruk beberapa bulan ini.

“Walaupun dia mendapatkan bantuan profesional dan berusaha keras melawan kemurungan, namun iblis di dalam dirinya lebih ‘kuat’,” ujar mereka seperti dilaporkan New York Post.

Majlis pengebumian Coco dilaporkan akan dilaksanakan pada bulan Ogos.

Coco membina karier sebagai bintang pop di Asia namun menjadi cukup terkenal di Amerika Syarikat menerusi lagu A Love Before Time yang terkandung dalam filem Crouching Tiger, Hidden Dragon.

Mendiang juga cukup terkenal dengan lagu Reflection yang menjadi runut bunyi filem animasi Mulan yang ditayangkan pada tahun 1998.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!