Press "Enter" to skip to content

ATAS ANGIN Festival 2023 75 Artis, 15 Jam, 4 Pentas

Atas Angin Festival Kembali…. Kali Ini Lebih Gempak, Luar Biasa!

Selepas menerima sambutan hangat pada tahun lalu, Atas Angin Festival kembali pada tahun ini. Kemunculan semula Atas Angin Festival 2023, yang bakal berlangsung pada 5 Ogos ini lebih luar biasa dan tidak seperti tahun lalu.

Kali ini, Atas Angin Festival menampilkan 75 barisan artis tempatan dan empat pentas yang akan menampilkan persembahan-persembahan hebat, pada hari yang sama. Ini merupakan konsep luar biasa yang cuba dibawakan oleh Atas Angin MY.

Tidak keterlalun jika dikatakan Atas Angin Festival 2023 bersedia untuk melakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia. Bakal diadakan di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival ini dibahagikan kepada tiga kategori persembahan iaitu artis berkumpulan, artis solo dan juga DJ.

Antara barisan artis yang bakal menggegarkan festival ini ialah IamNEETA, 6ixth Sense, Skudap Skudip, Kugiran Masdo dan ramai lagi. Atas Angin Festival bakal membawa pembaharuan dan bersedia menggalas tanggungjawab dalam membawa musik dan artis lokal Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, festival ini akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti yang akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga acara tamat.

Mengulas mengenai Festival Atas Angin  2023, Pengarah Projek, Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam berkata, pihak penganjur menjanjikan yang terbaik kepada para pengunjung dan bakal memberi kepuasan maksima kepada semua.

“Besar harapan kami agar festival ini dapat dilaksanakan dan dijayakan. Saya sebagai wakil pihak penganjur merasakan bahawa festival ini akan memberi impak kepada barisan artis lokal, selain dapat membuka mata pengunjung tentang bakat-bakat yang ada di negara kita.

“Saya juga berharap usaha dan mesej yang kami bawa menerusi festival ini nanti sampai kepada masyarakat, iaitu, untuk membuktikan bahawa ‘underground scene’ juga mempunyai ramai bakat besar dan luar biasa yang hebat.

Mengulas mengenai jualan tiket, Bam berkata, setakat ini hampir separuh tiket terjual sebaik sahaja pengumuman mengenai festival ini dihebahkan.

Jualan tiket kini berada di fasa kedua dan kepada yang masih belum mendapatkan tiket, boleh dapatkan di laman sesawang www.atasangin.com dengan harga serendah RM150 bagi ahli dan RM 170 bagi yang bukan ahli. *Harga tiket tidak termasuk caj pemprosesan pembelian tiket.

www.atasangin.com

Harga Tiket Festival:

Fasa 1

  • –  RM130 (Members)
  • –  RM150 (Non Members)Fasa 2
  • –  RM150 (Members)
  • –  RM170 (Non Members)*Harga tidak termasuk yuran pemprosesan RM10 Laman Web Tiket Rasmi: www.atasangin.com

page3image54409088page3image54409280

Artis Solo:

  1. LEAISM
  2. AMIR JAHARI

 

Artis Berkumpulan:

  1. GERHANA SKA CINTA
  2. POP SHUVIT
  1. 6IXTH SENSE
  2. MASDO
  3. MARGASATWA
  4. RAMAYAN
  5. IAMNEETA
  6. HYPER ACT
  7. DRAMA BAND
  8. BUDAK NAKAL HUJUNG SIMPANG
  9. JOHNY COMES LATELY
  10. LOKO
  11. NASTIA
  12. DEWATARAYA
  13. PLAGUE OF HAPPINESS
  14. GREY SKY MORNING
  15. ARMPUNK SINDICATE
  16. SKUDAP SKUDIP
  17. ORKES A. HIZADIN
  18. KYOTO PROTOCOL
  19. KRUSTY
  20. NARATU
  21. KOLAR HIJAU
  22. EMPTY PAGE
  23. OH CHENTAKU
  24. TOKO KILAT
  25. THE TIMES
  26. COUPLE
  27. FUGO
  28. A.C.A.B.
  29. TILU
  30. HACKTICK!
  31. LOST CONTROL
  1. MIDNIGHT FUSIC
  2. PUREVIBRACION
  3. THE VENOPIAN SOLITUDE
  4. A.LIMIN
  5. POPKONSPIRACY
  6. PURBAWARA
  7. MAVERICK
  8. TEMAN LELAKI
  9. THE IMPATIENT SISTERS
  10. JOANNA & CO
  11. TIME MACHINE
  12. BONAFIDES
  13. MONOTONES
  14. MASSACRE CONSPIRACY
  15. RESTRAINT
  16. TRANSITION
  17. RUMPELSKIN
  18. MILO DINOSOUR
  19. RUNS
  20. NEMESYS
  21. DISH
  22. ZEROPHOBIA
  23. MUDDLED
  24. MODREAD
  25. MADDAME

DJ

  1. JEMPUT DENGAR
  2. SOULBOSS
  3. MILY
  4. FI7I
  1. AFIQ AZREN
  2. DJ LINGKUP
  3. PIPONATION
  4. BEATMINOR
  5. SIR BIRDO
  6. S4D KL
  7. DJ HAZIQ HAZE
  8. BERUK 45’S
  9. WOLF
  10. AFIKURAJI
  11. KUMPULAN TANGAN HITA

Rakan Penaja:

  • –  Neon Concept
  • –  Satisfy WaterRakan Lokasi:
  • – MyTown Cheras Rakan Radio:
  • – Hot FM

Rakan Media:

  • –  Malaya Roll
  • –  Luas MY
  • –  Trim AsiaRakan Kongsi Audio:
  • –  Space Twang

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!