Press "Enter" to skip to content

Christopher Nolan Buka Cerita Tidak Ada Telefon Bimbit

Nama Christopher Nolan sedang menjadi perbincangan dalam kalangan pemerhati filem dunia apabila beliau muncul dengan naskhah yang disifatkan epik, Oppenheimer.

Selain membincangkan tentang filem yang dibintangi aktor handalan Robert Downey Jr., Matt Damon dan Cillian Murphy itu, Nolan juga menjalani beberapa temubual dengan media massa.

Antara yang menarik perhatian adalah Nolan mengaku tidak mempunyai telefon bimbit.

Beliau malah menghasilkan skrip filem yang mengisahkan tentang ‘father of the atomic bomb’ itu dalam komputer tanpa internet.

Menurut Nolan, beliau memilih tidak mempunyai telefon bimbit sebagai cara mengelakkan gangguan.

“Ini adalah pilihan peribadi saya. Ini cara saya mengelak daripada gangguan. Saya tidak melihat kepentingan mempunyai telefon bimbit sepanjang bekerja seperti sedang menulis skrip,” katanya seperti dilaporkan The Hollywood Reporter.

Nolan juga mengaku anak-anak mungkin menggelarkan beliau dengan istilah Luddite. Luddite adalah istilah bagi golongan yang menentang teknologi dalam pekerjaan.

“Anak saya pasti akan menggelarkan saya seorang Luddite,” katanya lagi.

Menerusi temubual pada tahun 2020 bersama People, Nolan mengaku dirinya senang terganggu.

“Saya cepat terganggu dan tidak mahu mengisi masa dengan melaari internet apabila bosan. Saya sebolehnya mahu memikirkan sesuatu yang baik agar dapat memberi manfaat kepada diri sendiri,” katanya.

Oppenheimer adalah filem yang diilhamkan dari pemenang Pulitzer Prize–biografi American Prometheus: The Triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!