Press "Enter" to skip to content

Aina Abdul Sapu Anugerah Tertinggi AJL 37, Dinobat Juara & Diiktiraf Vokal Terbaik

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) menyaksikan Aina Abdul sekali lagi mencetak sejarah peribadi buat dirinya apabila menyapu dua kategori tertinggi acara berprestij tersebut.

Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara AJL 37 dan diiktiraf Vokal Terbaik AJL 37 yang menyaksikan dia membawa pulang bersih RM112,000 bersama dua trofi dalam kategori masing-masing.

Aina memenangi dua kategori tersebut menerusi lagu penuh miliknya, Terus Hidup.

Satu Malam Di Temasek milik Joe Flizzow dan SonaOne dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua. Kolaborasi mantap dua figura hip hop ini menyaksikan mereka membawa pulang sebanyak RM50,000.

Lagu milik Alif Satar, Anugerah Terindah diumumkan pemenang tempat ketiga.

Vokal Terbaik sekali lagi menjadi milik Aina Abdul apabila nyanyiannya menerusi lagu Terus Hidup memukau juri dan peminat. Aina yang merupakan komposer dan penulis lirik lagu tersebut membawa pulang RM12 ribu bersama trofi.

Anugerah Persembahan Terbaik AJL 37 pula jatuh kepada Shiha Zikir. Dia yang membawa konsep futuristik sewaktu mempersembahkan lagu Irama pulang dengan wang tunai RM12 ribu beserta trofi.

Khai Bahar diundi sebagai Penyanyi Pilihan Alha Alfa oleh pengguna TikTok membawa pulang RM12 ribu.

AJL 37 yang membawa tema Dimensi Muzik membuka tirai penganjuran dengan persembahan daripada finalis paling muda iaitu Iman Troye menerusi lagu Nang.

PEMENANG AJL 37

JUARA AJL 37

Terus Hidup
Penyanyi: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul

NAIB JUARA AJL 37

Satu Malam di Temasek
Penyanyi: Joe Flizzow dan Sonaone
Lirik: Joe Flizzow dan Sonaone
Komposer; Sonaone

PEMENANG TEMPAT KETIGA

Anugerah Terindah
Penyanyi: Alif Satar
Lirik: Alif Satar, Shah Shamshiri dan Romeo
Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain dan Efry Arwis

VOKAL TERBAIK

Terus Hidup
Penyanyi: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul

PERSEMBAHAN TERBAIK

Irama

Penyanyi: Shiha Zikir
Lirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves
Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves

PENYANYI PILIHAN ALHA ALFA

Sengsara
Penyanyi: Khai Bahar
Lirik: John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K
Komposer: John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K

 

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!